“Banyak ditimpa masalah, tapi CZ macam go with the flow je kan?”
Changpeng Zhao (CZ), pengasas bursa gergasi mata wang kripto Binance yang bakal membayar bon pelepasan $175 juta telah bersetuju kembali ke Amerika Syarikat (AS) 14 hari sebelum hukumannya pada 23 Februari 2023 susulan beliau mungkin dibenarkan kembali ke Dubai.
Dalam dokumen bon 21 November 2023 difailkan di mahkamah persekutuan Seattle, CZ bukan sahaja bersetuju berkongsi dengan mahkamah tempat beliau akan tinggal malah waran penahanannya boleh dikeluarkan jika beliau gagal hadir untuk tarikh mahkamahnya.
Kegagalan untuk hadir ke mahkamah membawa hukuman denda $250,000 dan penjara maksimum 10 tahun.
Memang tidak dinafikan CZ mencatatkan $15 juta dalam akaun amanah yang berasingan daripada bonnya, tetapi beliau bersetuju untuk membatalkannya sekiranya beliau gagal mematuhi syarat bon tersebut.
CZ mengaku bersalah atas pelanggaran Akta Rahsia Bank yang membawa hukuman 18 bulan, bagaimanapun The New York Times melaporkan pada 21 November 2023 bahawa pendakwa ingin mengenakannya hukuman lebih panjang.
Susulan CZ telah tinggal di Dubai selama beberapa tahun, negara AS dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan membuat perjanjian dua hala untuk meningkatkan kerjasama penguatkuasaan undang-undang pada 24 Februari 2024.
Pengaturan bon CZ diikuti penyelesaian $4.3 bilion antara bursa kripto dan AS, kemudian beliau turut meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance termasuk membayar denda sebanyak $50 juta.