Seperti yang telah dijangka, pergerakan harga pada awal minggu sehingga ke sesi New York semalam kekal perlahan menyaksikan dagangan US dolar juga agak mendatar.
Suasana pasaran yang tak menentu dilihat masih memberi kelebihan kepada US dolar sebagai mata wang safe-haven selepas ketegangan di Timur Tengah tercetus pada minggu lepas walaupun situasi agak reda sedikit ketika ini.
Pelabur berhati-hati untuk pergerakan US dolar menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dan juga minit mesyuarat FOMC.
Sementara mata wang Euro berdepan risiko untuk alami kejatuhan berikutan terdapat isyarat untuk European Central Bank (ECB) menurunkan kadar faedah pada mesyuarat Oktober.
Jika diperhatikan pada pergerakan carta pasangan mata wang EUR/USD, harga mendatar sejak dibuka di awal minggu sehingga Selasa semalam bergerak di bawah zon 1.10000.
Isyarat untuk perubahan trend diperhatikan pada pergerakan harga di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Sekiranya US dolar melanjutkan pengukuhan selepas ini, harga bakal meneruskan pergerakan corak bearish dan catatkan paras terendah terbaru.
Sasaran untuk penurunan lebih rendah adalah menuju zon tumpuan pada 1.09000.
Sebaliknya jika harga membuat kenaikan melepasi paras 1.10000, akan tercetus jangkaan untuk perubahan arah harga bermula.
Kenaikan harga berkemungkinan diteruskan sehingga menuju ke paras tumpuan sebelum ini pada 1.11000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG