Pelabur mula berhati-hati dengan situasi tak menentu pasaran ketika ini dengan bersedia untuk berdepan sentimen risk-off yang boleh memberi impak ketara.
Ini didorong oleh kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik yang meningkat berikutan laporan Ukraine telah bertindak menyerang Rusia pada Selasa.
Menghangatkan lagi suasana apabila Ukraine menggunakan peluru berpandu ATACMS yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan pentadbiran Joe Biden sebelum ini telah membenarkan Ukraine untuk menggunakannya.
Pasaran kini sedang menjangkakan respon dari Rusia dengan kemungkinan serangan balas dilancarkan dalam tempoh masa terdekat.
Mata wang US dolar menunjukkan pengukuhan awal di sesi Eropah semalam, namun kembali bergerak suram di sesi New York.
Penganalisis menjangkakan potensi pengukuhan kembali US dolar sekiranya perkembangan perang semakin hangat dan mencetuskan kebimbangan dalam pasaran.
Carta harga pasangan mata wang EUR/USD masih menunjukkan pergerakan mendatar, belum lagi keluar dari zon antara julat 1.06000 hingga 1.05000.
Dagangan yang bermula di sekitar 1.06000 pada sesi Asia semalam menunjukkan penurunan di sesi Eropah, namun gagal untuk menyentuh support pada 1.05000.
Harga melantun semula dan kembali menghampiri 1.06000 sebagai paras rintangan yang terus diuji sehingga dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu).
Sekiranya kenaikan harga diteruskan di atas paras 1.06000, berkemungkinan harga boleh menuju sehingga ke sekitar 1.07000.
Meneruskan corak bullish itu akan mendorong kenaikan yang lebih tinggi ke sasaran 1.08000 pula.
Namun jika US dolar mula paparkan pengukuhan berikutan sentimen berisiko pasaran, harga boleh menjunam semula dengan tumpuan awal adalah untuk menguji support 1.05000.
Penurunan lebih rendah menembusi support tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru harga dengan sasaran beralih kepada tumpuan berikutnya sekitar 1.04000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG