“Fulamak tinggi juga tu, tapi tak tahulah boleh percaya ke tak ramalan Standard Chartered ni.”
Geoffrey Kendrick, penyelidik di Standard Chartered Bank baru-baru ini mengatakan bahawa mata wang kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) bakal menggunung sebanyak 500% daripada harga semasanya menjelang tahun 2026.
Hal ini kerana penguasaan ETH yang mantap dalam platform kontrak pintar termasuk penggunaan baru muncul dalam gaming dan tokenisasi mampu mendorong harga ETH melepasi $8,000, ulas Kendrick lagi dengan lebih terperinci.
Namun, momentum kenaikan itu tidak akan berhenti di situ susulan Kendrick berpandangan julat $8,000 hanyalah langkah awal untuk ETH menuju ke paras $26,000 sehingga $35,000, iaitu harga ditetapkan oleh Standard Chartered Bank pada September 2021.
Umum mengetahui bahawa ETH tidak lama lagi bakal mempunyai beberapa naik taraf penting, antaranya adalah “protodank-sharding” yang akan mengukuhkan lagi penguasaan aset digital itu dalam ruang kontrak pintar.
Memang tidak dinafikan penganalisis JP Morgan kecewa dengan prestasi rangkaian ETH sejak naik taraf Shanghai pada April 2023, tetapi naik taraf baharu tersebut yang berlaku pada penghujung tahun ini mungkin dapat tingkatkan daya pengeluaran transaksi ETH.
Ditambah pula terdapat halving Bitcoin (BTC) pada April 2024 yang dijangka dapat melonjakkan lagi harga ETH, kata Standard Chartered Bank sambil menambah bahawa kelulusan spot ETF juga adalah salah satu pendorongnya.
Faktor sedemikian dapat menyebabkan ETH menembusi $4,000 menjelang akhir tahun 2024, tetapi kini harganya masih mencatatkan penyusutan sebanyak 0.58% pada paras $1,559 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $187 bilion.