“Harapnya pelabur dah kaut untung awal, sebab sekarang harganya turun balik la pula haih.”
Tezos (XTZ) semalam berjaya menggunung 7.5% dalam masa singkat apabila volum dagangan di bursa mata wang kripto Korea Selatan Upbit menyaksikan pendakian ditambah pula terdapat liquidations secara besar-besaran.
Dilaporkan bahawa jumlah dagangan 24 jam untuk XTZ mencecah $112.8 juta, iaitu jauh lebih tinggi daripada 30 harinya kira-kira $16.8 juta.
Berbanding bursa kripto lain, Upbit mencatatkan volum dagangan tertinggi dalam tempoh 24 jam terakhir berjumlah $39.7 juta kemudian diikuti oleh Binance, BiONE dan XT.com yang tertumpu pada pasaran Asia seperti Korea Selatan.
Umum mengetahui kenaikan harga XTZ telah menyebabkan liquidations hampir setengah juta dolar yang merupakan ketinggian tiga bulan untuk token tersebut.
Keadaan dagangan sama turut diperhatikan untuk harga Bitcoin Cash (BCH), Aptos (APT), 1inch (1INCH) dan Immutable (IMX) yang sebelum ini bertindak negatif selepas melonjak pada volum Korea Selatan.
XTZ ialah rangkaian blockchain menggunakan pelbagai mekanisme konsensus proof-of-stake yang membawa makna validators dalam rangkaian memainkan peranan penting untuk tadbir urus atau kemas kini pada protokol.
Sejurus selepas melonjak sehingga $0.74, harga XTZ nampaknya menjunam semula di bawah paras $0.67 dengan modal pasaran bernilai $639 juta tetapi tetap merekodkan kenaikan 0.48% sepanjang minggu lepas.