“Hadui SEC sekarang ni nak serang Elon Musk pula.”
Tanpa disedari, jutawan Elon Musk mendapati dirinya turut terlibat dalam penyiasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) yang semakin gemar menyasarkan pasaran mata wang kripto.
Siasatan itu adalah tentang pemerolehan Twitter pada tahun 2022 yang kini dijenamakan semula sebagai X, di mana SEC sedang mengkaji sama ada Musk melanggar undang-undang sekuriti persekutuan semasa pembelian sahamnya.
Kemudian, SEC turut berhasrat mendapatkan keterangan daripada Musk yang bertujuan untuk mengumpulkan maklumat berkenaan penyiasatan sah yang belum lagi dimilikinya.
Rentetan itu, sepina* yang dikeluarkan kepada Musk pada Mei 2023 telah mewajibkan kehadirannya di pejabat SEC San Francisco, tetapi beliau nampaknya membantah dan enggan mematuhi permintaan pengawal selia AS.
*Arahan yang memerintahkan seseorang untuk menghadiri mahkamah
Namun perlu diketahui ketegangan antara Musk dan badan kawal selia bukanlah perkara baharu susulan perselisihan mereka sudah bermula sejak insiden 2018 yang melibatkan tweet beliau tentang mengambil syarikat kereta elektriknya Tesla secara peribadi.
Meskipun begitu, peguam Musk bernama Alex Spiro telah mengkritik siasatan berterusan SEC susulan jutawan tersebut telah memberikan keterangan yang sangat mencukupi.
Walaupun terdapat pergolakan undang-undang, Musk tidak mengelak daripada mendedahkan rancangannya untuk X di mana beliau berhasrat melaksanakan platform interface pengguna dan baik pulih ketara pada masa hadapan.