Hari ini, pasaran Asia Pasifik dilihat agak suram dalam meraih keuntungan kecil daripada sesi sebelumnya. Sebahagian besarnya disebabkan ‘downbeat tone’ yang ditetapkan oleh pasaran AS.
Penanda aras indeks S&P 500 menamatkan rentetan keuntungan selama lapan hari berikutan peningkatan hasil Treasure dan petunjuk Federal Reserve Chair Jerome Powell dalam usaha tambahan untuk mengurangkan inflasi.
Nikkei 225, Jepun jatuh 0.92% selepas kenaikan hampir 1.5% pada sesi sebelumnya. The Topix turun 0.65% semasa pembukaan.
Kospi, Korea Selatan dibuka rendah iaitu 0.92% dan menjunam selepas kenaikan semalam. Manakala, Kosdaq susut 1.67% pada pembukaan.
Hang Seng Index, Hong Kong dibuka rendah 1.43%. CSI 300 Index, China turun sebanyak 0.55% pada pembukaan.
S&P/ASX 200, Australia pula diperdagangkan rendah sebanyak 0.55%.
Selain itu, indeks utama Wall Street juga ditutup rendah. The S&P 500 jatuh 0.81% mengakhiri kemenangan berturut-turut selama lapan hari dengan peningkatan hasil yang mendadak dan menyebabkan ramai pelabur bingung.
The Nasdaq Composite dan The Dow Jones Industrial Average sama-sama mengalami penurunan iaitu 0.94% dan 0.65%