Kenaikan yang dicatatkan US dolar terbantut apabila pasaran beralih ke sesi Eropah, menyaksikan dolar Kanada terus mendapat sokongan daripada harga minyak yang lebih tinggi.
OPEC telah mengejutkan pasaran pada awal minggu dengan menurunkan pengeluaran sebanyak 1.16 juta tong sehari bermula Mei sehingga penghujung 2023.
Hasilnya, harga minyak melonjak dan memacu dolar Kanada untuk didagangkan menguat pada paras tertinggi 6 minggu berbanding US dolar.
US dolar pula mendapat manfaat daripada pasaran yang berhati-hati pada awal minggu, namun kembali mengurangkan beberapa keuntungan tersebut pada pembukaan sesi Eropah.
Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam mata wang utama diniagakan sedikit susut pada 102.70.
Pelabur kini menantikan terbitan data PMI pembuatan tinjauan ISM Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada sesi New York akan datang.
Dalam pada itu, dolar Aussie kembali menghapuskan kerugian yang dipaparkan pada sesi Asia dengan tumpuan kini terarah kepada mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) pada hari Selasa.
Sementara itu di Eropah, mata wang euro dan pound sedikit meningkat daripada kejatuhan terdahulu, memanfaatkan penyusutan yang dicatatkan US dolar.
Bagaimanapun, pergerakan lebih jelas dalam pasaran dijangka akan dapat dilihat pada sesi New York dengan pembukaan pasaran saham AS dan data yang bakal diterbitkan.
Di sisi lain, mata wang swiss franc merosot selepas data inflasi yang dikeluarkan menunjukkan harga pengguna Switzerland menurun pada bulan Mac.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.