“Hmm agaknya harga ETH akan terkesan ke kalau perkara ini berlaku?”
Jumlah Ethereum (ETH) yang pada masa ini berada di bursa mata wang kripto telah menyaksikan penurunan hingga 10.66 juta coins iaitu angka terendah pernah dilihat pada Mei 2018, tetapi perlu diketahui 115.88 juta ETH telah terletak di luar platform centralized.
Dilaporkan juga bahawa sekitar 110,000 ETH bernilai lebih $180 juta telah berpindah dari bursa kripto pada 4 Oktober 2023, di mana ia menandakan aliran harian keluar terbesar pernah berlaku sejak 21 Ogos 2023.
Umum mengetahui keadaan Bitcoin (BTC) adalah agak serupa seperti ETH kerana bekalannya pada bursa kripto telah merosot sebanyak 5.73% yang mencatatkan paras terendah lima tahun.
Meskipun begitu, pergerakan sedemikian biasanya dilihat sebagai kenaikan harga untuk penilaian aset digital susulan ia mengurangkan tekanan jualan dan menunjukkan keyakinan jangka panjang para pelabur.
Bukan itu sahaja, open interest dan volum ETH telah mengalami penurunan daripada 6.07 bilion kepada $5.28 bilion yang mewakili kejatuhan 15% dalam jumlah bilangan positions long serta short dalam tempoh dua bulan.
Sejak beberapa bulan lalu, sharks dan whales telah mengumpul sejumlah besar aset digital secara aktif, jadi di sini dapat dilihat data terkini menunjukkan bahawa pelabur telah mengawal lebih 66% daripada bekalan beredar BTC.
Sehingga berita ini ditulis, harga ETH merudum sebanyak 0.27% pada paras $1,631 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $539 bilion seterusnya merekodkan penyusutan 2.97% sepanjang minggu lepas.