Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, disokong oleh harga minyak mentah Brent yang lebih kukuh yang melepasi $80 per tong.
Pada jam 10.25 pagi, ringgit berada pada paras 4.2830 iaitu susut 0.14% berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.2810 hari Isnin.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam menjangkakan ringgit akan kekal melemah memandangkan ketegangan di Timur Tengah masih belum reda.
Pada masa sama, hasil bon Perbendaharaan AS yang lebih tinggi menghantar isyarat bercampur-campur untuk mata wang tempatan.
Katanya lagi, konflik ketenteraan di Timur Tengah akan mencetuskan mod pasaran berisiko. Sebaliknya, data pekerjaan AS yang kukuh menunjukkan bahawa ekonomi AS kekal berdaya tahan yang memerlukan pendekatan yang lebih ringan untuk pelonggaran monetari.
Sementara itu, ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6738/7040 daripada 4.6920/6996 pada penutupan Isnin, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8750/8937 daripada 2.8857/8909 semalam dan meningkat berbanding pound British kepada 5.5725/6085 daripada 5.5953/6044 sebelum ini.
Mata wang tempatan juga menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding mata wang Asean.
Ia menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2661/2874 daripada 3.2832/2888 pada penutup sebelumnya dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 271.4/273.3 daripada 272.8/273.4 semalam.
Ringgit juga meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7153/8108 daripada 12.7948/8218 pada penutup Isnin dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.50/7.55 daripada 7.54/7.55 sebelumnya. – Bernama