“Alamak, maksudnya ini bukanlah masa sesuai lagi untuk pelabur XRP bergembira.”
Sudah diketahui Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada minggu lepas telah menggugurkan samannya terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ripple Labs Brad Garlinghouse dan Pengerusi Eksekutif Chris Larsen.
Rentetan itu, Ripple telah berjaya memperoleh satu lagi kemenangan tetapi ia mungkin tidak bertahan susulan SEC masih bertindak agresif terhadap firma mata wang kripto ditambah pula Telegram dan EOS turut disaman.
Namun, firma pembayaran blockchain itu tetap melawan tuduhan sivil tersebut yang mungkin akan memberi kemenangan besar ataupun kerugian dahsyat.
Sungguhpun tidak memberi banyak penjelasan mengenai tindakan dilakukannya itu, SEC mungkin menggugurkan kesnya terhadap Garlinghouse dan Larsen untuk mempercepatkan proses kehakiman yang sudah berlangsung sejak beberapa tahun.
Memang tidak dinafikan penggubal undang-undang dalam Kongres sedang berada dalam proses untuk meluluskan undang-undang berkaitan kripto, tetapi Hakim Analisa Torres didapati mencadangkan undang-undang sekuriti sedia ada adalah mencukupi bagi memerintah aset digital.
Jadi di sini dapat dilihat bahwa perjuangan undang-undang masih belum selesai susulan Ripple dan SEC akan mempertikaikan banyak perkara yang perlu dibayar oleh syarikat startup kripto sebagai pengembalian untuk XRP sebanyak $700 juta.
Pada masa ini, harga token XRP diasaskan oleh Ripple mencatatkan pendakian sebanyak 0.22% pada paras $0.52 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $27 bilion dan raih 7.01% sepanjang minggu lepas.