“Wow nampaknya SBF macam dah selesa je duduk dalam penjara, otak memang bisnes-minded dia ni.”
Sam Bankman-Fried (SBF), bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX yang kini ditempatkan di Pusat Tahanan Metropolitan New York telah menggunakan ikan makarel sebagai pertukaran dalam penjara untuk potong rambutnya.
Sudah sedia maklum makarel telah menjadi ‘mata wang’ utama dalam sistem penjara persekutuan di mana komoditi ketara berjaya mengatasi bentuk wang tradisional apabila mata wang konvensional tidak boleh diakses.
Memang tidak dinafikan satu kantung makarel berharga $1 pada tahun 2020, tetapi kini harganya telah menyaksikan kenaikan 30% pada $1.30 dalam jail commissary* dan ini membawa makna terdapat tekanan inflasi.
*Stor dalam kemudahan pemulihan, di mana banduan boleh membeli produk seperti barangan kebersihan, makanan ringan dan lain-lain
Seorang perunding penjara dan bekas banduan, Bill Baroni yang berkongsi pengalamannya telah membayar empat ikan makarel untuk memotong rambutnya semasa dipenjarakan dan beliau turut mengulas berhubung kestabilan sistem mata wang berbanding pasaran kripto yang tidak menentu.
Semasa SBF berada dalam penjara, beliau bukan sahaja berkongsi petua kripto dengan semua pekerja di penjara malah memberi peringatan tentang kehidupan beliau dahulu sebagai seorang pedagang aset digital.
SBF pada masa ini sedang meluangkan masa sejurus selepas didapati bersalah atas banyak kesalahan, antaranya adalah pengubahan wang haram termasuk penipuan wayar yang membawa pada penangkapannya.
Penampilan SBF di mahkamah baru-baru ini yang mempamerkan potongan rambut barunya menandakan bahawa beliau telah menyesuaikan diri dengan kehidupan di penjara, tetapi masa depannya masih tidak menentu susulan beliau mungkin dikenakan hukuman penjara 115 tahun.