“Wow kecik-kecik dah pandai melabur, kita ni dulu umur 12 tahun duk melepak kat cyber cafe main game.”
Erik Finman, seorang lelaki dari Idaho Amerika Syarikat (AS) telah berjaya menjadi jutawan Bitcoin (BTC) termuda di dunia pada tahun 2018 apabila beliau membuat perjanjian dengan ibu bapanya untuk tidak melanjutkan pengajian ijazah kolej tradisional ketika umurnya baru sahaja 12 tahun pada Mei 2011.
Hal ini kerana Finman mahu mengaut kekayaan melalui beberapa cara lain, di mana beliau yang menjadi jutawan pada usia 18 tahun telah mengambil peluangnya untuk melabur dalam mata wang kripto.
Diperjelaskan lebih lanjut, Finma yang menerima $1,245 daripada neneknya pada tahun 2011 telah membeli kira-kira 103 BTC ketika harganya didagangkan pada $12.
Kemudian pada Disember 2017, BTC yang mencapai paras tertingginya $20,000 telah menyebabkan pelaburan Finman meningkat kepada $2.07 juta daripada $1,245 dan mencatatkan pertumbuhan 230,033%.
Namun perlu diketahui bahawa Finman mungkin telah membeli lebih banyak BTC sepanjang perjalanannya susulan beliau dilaporkan memiliki 401 BTC bernilai $4.4 juta pada Januari 2018.
Finman telah menggunakan kekayaannya untuk menubuhkan platform pendidikan, tetapi masih tidak jelas sama ada beliau terus memegang BTC semasa pasaran kripto berada dalam momentum bullish pada 2021.
Sekiranya beliau masih memegangnya, 401 BTC akan bernilai $27.6 juta susulan harganya mencapai tahap tertinggi sepanjang masa pada November 2021.
Memang tidak dinafikan ramai berpandangan BTC masih mempunyai perjalanan panjang, tetapi sebahagiannya pula berkata harganya boleh capai $100,000 dalam masa terdekat ditambah pula terdapat acara halving BTC pada April 2024.
Pada masa ini, harga BTC mencatatkan penyusutan sebanyak 0.64% pada paras $27,534 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $537 bilion namun tetap raih 1.74% sepanjang minggu lepas.