Paras harga $2,000 bukan sahaja dalam radar, tetapi juga berjaya ditembusi lebih jauh oleh dagangan logam kuning emas.
Pada sesi Asia, emas diperdagangkan kukuh pada sekitar harga $2,020 per auns, tertinggi 1 tahun, manakala niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $2,037 per auns.
Emas dilihat semakin menghampiri paras ketinggian yang dicapainya pada Mac 2022 iaitu $2,070, dan puncak tertinggi sepanjang masa (ATH) pada $2,074 per auns.
Kelemahan berterusan dalam dagangan US dolar berbanding kebanyakan mata wang utama, terus memberi sokongan buat emas untuk meningkat lebih jauh.
Pengukuhan ini turut didukung oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih rendah pada 3.35%.
Data yang dikeluarkan pada sesi New York menunjukkan tawaran pekerjaan di Amerika Syarikat (JOLTs) jatuh ke paras terendah hampir 2 tahun pada bulan Februari.
Ini sekali gus menguatkan lagi jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) menamatkan kitaran pengetatan dasar monetarinya.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.