“Mungkin boleh mungkin tidak, apa-apa pun pelabur kena sentiasa perhatikan pergerakan BTC tau.”
Sehari selepas Thanksgiving Amerika Syarikat (AS), harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) pada Jumaat lalu telah menyaksikan pendakian ketara sehingga sekitar $38,407 yang merupakan paras tidak pernah dilihat sejak Mei 2022.
Hal ini kerana para pelabur menjangkakan Suruhanajaya Sekuriti dan Bursa (SEC) akan meluluskan spot BTC ETF dalam masa terdekat ini.
Selain BTC, saham berkaitan kripto turut mengalami peningkatan di mana Coinbase (COIN) melonjak 6% manakala Stronghold Digital Mining (SDIG) dan Marathon Digital Holdings (MARA) masing-masing raih 6.4% serta 4%.
Menurut Laurent Kssis, bekas pengarah 21Shares berkata bahawa pergerakan seluruh pasaran kripto mungkin akan turun naik susulan daripada persetujuan spot BTC ETF yang dijangka berlaku pada 11 Januari 2024.
Disebabkan kemudahan perdagangan dan keberkesanan kos, BTC ETF akan menarik lebih banyak pelabur institusi yang tidak pernah dilihat di bursa kripto untuk memohon produk tersebut, ulas Kssis lebih lanjut.
Oleh demikian, Kssis meramalkan bahawa BTC mampu mengukuh sehingga $40,000 pada hujung minggu ini kemudian harga aset digital itu akan berada dalam keadaan tidak menentu apabila spot BTC ETF diluluskan.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam semula sebanyak 0.52% pada paras $37,555 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $734 bilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan 0.70% sepanjang minggu lepas.