“Huh seriuslah? Adakah pasaran kripto akan bullish pada tahun ini?”
Mike Novogratz, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Galaxy Digital yang mempunyai temu bual bersama CNBC semalam berkata bahawa spot Bitcoin (BTC) ETF dijangka akan diluluskan sebelum tahun 2023 berakhir.
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada masa ini sedang menghadapi tekanan besar untuk meluluskan spot BTC ETF selepas Grayscale menang dalam tuntutan mahkamahnya terhadap pengawal selia Amerika Syarikat (AS) itu, ulas Novogratz lagi.
Bagaimanapun, keyakinan para pelabur untuk kelulusan ETF telah semakin meningkat apabila diskaun saham GBTC Grayscale dilaporkan semakin menurun, di mana kini berada pada 13.5%.
Selain itu, CEO Ark Invest Cathie Wood pula mendedahkan bahawa tingkah laku SEC berkenaan pemfailan ETF bersama ARK dan 21Shares telah berubah sejak kebelakangan ini.
Manakala Fidelity pada hari Selasa lepas telah menyediakan versi terkini aplikasi spot BTC ETF S-1 yang akan menampilkan butiran lanjut untuk menangani kebimbangan SEC.
Namun perlu diketahui bahawa ia juga termasuk spesifikasi sekitar pengaturan penjagaan dana, mekanik sekitar hard fork BTC, notis tentang penggunaan tenaga aset digital tersebut serta pendedahan pada risiko lain.
Dijangkakan terdapat lebih banyak pindaan dalam beberapa minggu dan bulan akan datang, kata penganalisis Bloomberg ETF James Seyffart sambil menambah adalah menarik untuk melihat apa lagi yang SEC mahu dalam dokumen itu.