“Tak sangka USTC naik tinggi gila lepas lama berdiam diri.”
Tanpa disedari, stablecoin algoritma TerraClassicUSD (USTC) memberi kejutan pada seluruh pasaran mata wang kripto apabila harganya berjaya menggunung sehingga $0.047 daripada $0.013 pada 25 November 2023.
Kenaikan besar-besaran USDTC tercetus disebabkan kemas kini dikongsi oleh pengguna X dipanggil Trader QT, Rakan Kongsi Rasmi Luna Classic Labs yang mendedahkan sejumlah 25.6 juta USTC bernilai $500,000 telah diperoleh Terra Classic Labs sebagai sebahagian Polisi Rizab Perbendaharaan.
Terdahulu, USDT telah diletakkan pada model pemulihan untuk memulihkan harganya, tetapi pemerolehan terbaharu oleh Terra Classic Labs mungkin dapat menyokong matlamat utamanya yang ingin berfungsi sebagai penyokong utama stablecoin.
Selain menstabilkan kecairan USTC, Terra Classic Labs yang pada masa ini mempunyai motif jelas juga berhasrat untuk bangkit semula dan menjadi aset pelaburan yang boleh meningkatkan pegangan pengguna.
Terra Classic Labs yang membeli sejumlah besar USTC tersebut semasa harganya berada pada $0.021 telah menyaksikan pelaburannya meningkat 76.6%.
Memandangkan nasib USTC terikat dengan token Terra Classic (LUNC), terdapat kemungkinan untuk harganya mendaki lebih tinggi ditambah pula terdapat komuniti yang berusaha untuk menambah nilainya melalui naik taraf dan pembakaran.
Setakat penulisan ini, harga USTC melonjak sebanyak 168.91% pada paras $0.041 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $371 bilion seterusnya merekodkan kenaikan 212.39% sepanjang minggu lepas manakala LUNC pula raih 26.81% pada $0.000097.