Harga emas tidak banyak berubah walaupun data terbaru menunjukkan kadar inflasi Amerika Syarikat terus menyederhana pada bulan April.
Logam kuning itu pada mulanya melonjak tinggi ke arah $2,050 sebaik sahaja data dikeluarkan, menghampiri paras tertinggi sepanjang masa $2,080 yang dicapai minggu lepas.
Namun, ia kembali mengurangkan keuntungan tidak lama selepas itu untuk didagangkan sekitar harga $2,033 pada sesi Asia hari ini.
Indeks harga pengguna (CPI) AS meningkat pada kadar tahunan 4.9% pada bulan lalu, daripada 5.0% yang dicatatkan pada Mac dan dijangkakan pasaran.
Walaupun kemerosotan yang dicatatkan hanya sedikit dan masih jauh melebihi sasaran 2%, tetapi ia secara tidak langsung memberi harapan untuk harga lebih rendah akan datang.
Kenaikan terendah dalam 2 tahun itu telah mendorong jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan menghentikan sementara kenaikan kadar faedah pada mesyuarat seterusnya.
Meskipun begitu, masih ada beberapa lagi data yang akan diperhatikan oleh pelabur sebelum mesyuarat Fed pada pertengahan Jun.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.