Mata wang euro telah mengukuh pada hari Khamis untuk kali pertama dalam minggu ini, setelah data menunjukkan penurunan dalam ekonomi Zon Eropah mungkin sudah mula untuk reda. Pengukuhan ini ditengah hari cuti di AS dan Jepun yang menyebabkan aktiviti perdagangan kurang aktif.
Dengan pasaran ditutup di Jepun dan AS kerana cuti Thanksgiving, mata wang diperdagangkan dalam keadaan ketidakstabilan, kerana kecairan lebih kurang daripada yang biasa.
Satu siri tinjauan awal menunjukkan kemelesetan dalam ekonomi Jerman mungkin lebih cetek dari yang dijangkakan, yang mengatasi bacaan kurang memberangsangkan mengenai aktiviti perniagaan Perancis.
Mata wang euro mengukuh secara meluas terutama berbanding mata wang Sweden, selepas bank pusat Sweden mengekalkan kadar tidak berubah. Dalam masa yang sama euro turut mengukuh berbading mata wang yen dan franc Switzerland.
Kajian tersebut menunjukkan ekonomi zona Eropah berada di landasan untuk menyusut sekali lagi pada suku keempat. PMI yang merangkumi industri perkhidmatan yang dominan di blok itu meningkat kepada 48.2 bulan ini daripada 47.8, sedikit di atas ramalan undian Reuters untuk 48.1, tetapi tetap berada dalam kawasan menyusut.
Aktiviti pembuatan, yang menyusut setiap bulan sejak Julai 2022, turun semula pada November. PMI pembuatan meningkat kepada 43.8 dari 43.1, mengatasi jangkaan undian untuk 43.4 tetapi masih di bawah paras rendah.
Mata wang euro mengukuh sebanyak 0.09% berbanding US dolar kepada paras dagangan 1.0897
Disisi lain, Riksbank Sweden mengekalkan kadar tidak berubah pada 4% dan menyatakan bahawa mereka bersedia untuk menaikkan lagi kadar jika perlu, namun penganalis berkata kenaikan kadar yang lain bermungkinan tidak lagi berlaku dan mata wang crown susut berbanding euro sebanyak 0.5%. Ia pada akhirnya turun 0.15%.
Sterling pula kembali merebut semula sedikit pengukuhan berbanding US dolar selepas susut pada hari Rabu, apabila Menteri Kewangan Britain Jeremy Hunt memberikan kemas kini bajet yang meramalkan pertumbuhan jauh lebih sedikit daripada yang dijangkakan sebelumnya dan pengurangan cukai serta subsidi untuk ekonomi Britain yang terjejas.
Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata awang utama didagangkan sust sebanyak 0.11% kepada paras dagangan 103.715
Petunjuk yang membimbangkan bagi Federal Reserve adalah tinjauan dari University of Michigan yang menunjukkan pengguna bulan ini menjangkakan inflasi lebih tinggi dalam jangka pendek dan panjang, terutama inflasi dalam tempoh lima tahun akan datang.