Entah Berapa Kali, Harga Tesla Turun Lagi!

244

Bagi menggalakkan permintaan, Tesla menurunkan lagi harga bagi dua kenderaan elektriknya (EV) yang paling mahal di Amerika Syarikat.

Ini merupakan pelarasan kelima sejak awal tahun, yang melihatkan pemotongan harga sehingga 4% pada sedan model S dan 9% pada SUV model X.

Menurut laman web syarikat itu, model S kini bernilai $89,900 daripada A$94,990 dengan penurunan 5.2%, manakala model S Plaid pula diturunkan 4.3% kepada $109,990.

Sementara model X pula turun 9.1% kepada $99,990 daripada $109,990, manakala model X Plaid kini bernilai $109,990 susut 8.3% daripada $119,990.

Pemotongan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, lebih-lebih lagi Ketua Eksekutifnya, Elon Musk telah berulang kali mengatakan Tesla akan menumpukan pada penurunan harga untuk merangsang permintaan.

Langkah ini juga dilihat telah membuahkan hasil, di mana terdapat peningkatan pesanan susulan diskaun global yang diperkenalkan pada Januari lalu.

Tesla mengurangkan harga kereta di semua pasarannya pada bulan Januari, dengan menawarkan diskaun sehingga 20% yang ditafsirkan ramai penganalisis sebagai permulaan perang harga oleh peneraju pasaran EV itu.

Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom join komuniti kami! Klik sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat