Eropah Kini Menjadi Ekonomi Kripto Terbesar Dunia!

646

Central Northern dan Western Europe (CNWE) kini menjadi ekonomi kripto terbesar di dunia.

Rekod daripada Chainalysis mendedahkan pada tahun lalu daerah tersebut telah menerima matawang kripto bernilai lebih $1 trilion, merangkumi 25% aktiviti global.

Secara tidak langsung, faktor tersebut meletakkan CNWE di kedudukan kedua sebelum mencatatkan pertumbuhan sektor kripto yang luar biasa bermula Julai 2020 dan mendorong Eropah di kemuncak tahun ini.

Peningkatan aktiviti runcitan ini turut menyaksikan pelaburan institusi yang meningkat, dengan kadar 50% matawang kripto dimasukkan ke dalam kewangan desentralisasi (DeFi).

Menyoroti laporan Chainalysis:

  • Berlaku peningkatan dalam pemindahan aset kripto bernilai lebih $10 juta sejak Julai 2020
  • Pemindahan kripto pelabur institusi meningkat daripada $1.4 bilion pada Julai 2020 kepada $46.3 bilion pada Jun 2021.
  • Dalam tempoh tersebut, United Kingdom (UK) mencatatkan nilai transaksi tertinggi dengan nilai $150 bilion dan protokol DeFi menerima 49% daripadanya.
  • Perancis, Jerman, Netherlands, dan Switzerland juga tampil sebagai negara top-5 dalam Eropah selepas UK.
  • Rata-rata pelabur institusi bagi setiap negara lebih banyak membuat transaksi dalam Ethereum (ETH) dan wrapped Ethereum (WETH).
    • UK menyaksikan 27% transaksi dalam Bitcoin (BTC), 40% dalam ETH dan WETH.
    • Jerman: 28% transaksi BTC, 36% dalam ETH dan WETH.
    • Perancis: 20% dalam BTC, 45% merangkumi ETH dan WETH.
  • Penggunaan stablecoin pula mencatatkan rekod yang konsisten pada kadar 25%-30% transaksi bagi kebanyakan negara.
  • Altcoin mencatatkan penggunaan sebanyak 8%-11% bagi kebanyakan negara.
  • Uniswap, Instadapp, dan dydx antara pertukaran desentralisasi (DEX) yang popular, manakala untuk pertukaran berpusat (CEX): Binance dan Coinbase.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat