Eropah Tidak Akan Teragak-Agak Untuk Bertindak Sekiranya Trump Masih Meneruskan Rancangannya!

60

Canselor German, Angela Merkel, dalam satu temu bual mengatakan bahawa Eropah tidak akan berdiam diri jika Presiden Donald Trump bertindak untuk melindungi industri AS daripada pelabur asing.

Presiden itu sebelum ini telah secara rasmi menjauhkan diri dari sekutu Asia sebaik sahaja mengeluarkan Amerika Syarikat dari perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik.

Beliau juga telah berjanji untuk melakukan rundingan semula perjanjian NAFTA bersama-sama Kanada dan Mexico.

Selain itu, beliau juga telah mengancam pembuat kereta dari Jerman dengan cukai sempadan sebanyak 35 peratus terhadap kenderaan yang diimport ke pasaran AS bagi membantu dalam mewujudkan lebih banyak pekerjaan di tanah Amerika.

Justeru, Volker Kauder yang juga merupakan pemimpin konsevatif memberitahu kumpulan media bahawa Zon Eropah juga akan bertindak mengenakan tariff punitif terhadap barangan import dari Amerika Syarikat jika Trump bertindak sedemikian.

Tambah Kauder lagi, rakan-rakan di Washington juga perlu diingatkan bahawa sejarah telah membuktikan bahawa peperangan perdagangan hanya akan mendatangkan keburukan buat kedua-dua pihak.

Jadi, sebarang tindakan Trump akan memanggil Eropah untuk turut bertindak balas.

Kerajaan Jerman telah berjanji untuk melindungi perjanjian perdagangan global selepas Trump mengancam untuk mengambil langkah perlindungan perdagangan serta penasihat utamanya telah menuduh Jerman mengekspoitasi Euro bagi mendapat manfaat terhadap aktiviti eksport.

Benarkan Kadar Hutang Yang Tinggi Di Zon Euro Punca ECB Meneruskan Program Ini?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat