ETF XRP Bakal Tiba Menjelang 2025! – Brad Garlinghouse

548

“Hmm kalau ETF XRP diluluskan, agak-agak harganya akan naik atau mendatar je?”

Brad Garlinghouse, Ketua Pegawai Eksekutif Ripple (XRP) yang mendedahkan beberapa pandangannya berhubung perkembangan yang mungkin berlaku pada masa depan mata wang kripto telah meramalkan spot XRP ETF bakal dilancarkan menjelang tahun 2025.

Hal ini kerana kelulusan spot Ethereum (ETH) baru-baru ini telah memberinya keyakinan bahawa XRP akan diluluskan tidak lama lagi ditambah pula pengembangan pelaburan terhadap Bitcoin dan ETH menunjukkan XRP mempunyai potensi.

Selain keperluan mempunyai rangka kerja undang-undang jelas, Garlinghouse turut berkata kripto mampu berdaya maju sekiranya persekitaran kawal selia yang betul dilaksanakan sambil menekankan kepentingan pengawal selia untuk berubah dan berkembang.

XRP dan nama terkenal lain dalam pasaran kripto seperti Coinbase serta Grayscale yang menyokong pendekatan kawal selia lebih akomodatif oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) adalah bertujuan menyakinkannya mengemas kini rangka kerja kawal selia.

Kejelasan kawal selia sebahagiannya didorong oleh cabaran undang-undang dihadapi XRP di mana ia sebelum ini berdepan dengan tuntutan undang-undang SEC yang mendakwanya melakukan penjualan XRP tidak wajar kepada pelabur institusi.

Tuntutan undang-undang ini menggariskan kerumitan dan ketidakpastian mengelilingi peraturan kripto di AS yang boleh memberi kesan pada masa dan kebolehlaksanaan untuk memperkenalkan spot XRP ETF.

Setakat penulisan ini, harga yang kini didagangkan pada paras $0.52 telah menjunam sedikit 0.35% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $29 bilion kemudian merekodkan penyusutan 0.96% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat