ETH Sedang Menuju $2,000?

251

“Adakah ETH akan terus naik ataupun nanti tiba-tiba terjun pula?”

Seminggu sebelum naik taraf Shanghai, harga mata wang kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) berjaya memberi kejutan kepada pelabur apabila melonjak drastik sebanyak 5.75% menembusi paras $1,913 dalam tempoh 24 jam lalu.

Pada carta mingguan, ETH akhirnya menewaskan prestasi altcoin lain termasuk Bitcoin (BTC) susulan aset digital tersebut menyaksikan keuntungan sekitar 7.3% buat kali pertama sejak Ogos 2022.

Umum mengetahui bahawa kenaikan harga ETH tersebut yang merekodkan paras tertinggi 8 bulan adalah disebabkan sharks ETH bertindak agresif dalam mengumpul aset digital itu sejak beberapa bulan lalu.

Diperjelaskan lebih lanjut, address yang memegang ETH bernilai $10,000 hingga $100,000 telah meningkatkan pegangannya sebanyak $4.24 bilion dalam tempoh sembilan bulan lepas manakala lebih 200,000 address didapati membeli 18 juta aset digital itu.

Menurut Ali Martinez, penganalisis kripto popular meramalkan bahawa zon rintangan kritikal untuk ETH seterusnya adalah pada paras $2,100 ataupun $2,150, dan jika tembus harga tersebut maka aset digital itu mungkin berupaya lonjak lebih tinggi.

Sungguhpun pasaran kripto mencatatkan pemulihan kukuh pada tahun 2023, ETH termasuk BTC tetap bimbang dengan liquidity yang semakin kering sejak syarikat exchanger kripto FTX menghadapi keruntuhan.

Ditambah pula dengan krisis perbankan, kedua-dua aset digital tersebut telah mengalami penurunan sedikit tetapi masih dapat bertahan, di mana kini BTC mencanak sekitar 1.43% mencapai paras $28,510 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat