Ethereum Bagi Isyarat Bullish? – ETH Catat Paras Tertinggi Baru Pada $1700!

1,432

Setelah kenaikan kukuh nilai Ethereum (ETH) di atas zon $1,600, harga meneruskan kenaikan melepasi paras-paras rintangan utama dan kini mencapai paras tertinggi sepanjang masa (AHT) pada hari Jumaat iaitu pada $1700 seunit.

Ether, yang merupakan matawang kripto kedua terbesar dalam pasaran berdasarkan nilai pasaran telah naik 4.8% ke paras harga $ 1, 720 di pertukaran matawang CoinDesk. Jika tahun pada 2020, harga Bitcoin telah melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa pada paras harga $42,000.

Setelah prestasi cemerlang pada akhir tahun lepas BTC telah didagangkan pada julat harga $35,955 dan $38,105 sejak hujung minggu lalu walaupun pelabur masih membeli, nampaknya masih mendorong harga matawang ini untuk melonjak lagi tinggi.

Harga Bitcoin telah berlipat kali ganda sepanjang tahun 2020, dan meningkat 29% sejak awal tahun 2021. Ether pula meningkat sekitar 129% dari tahun ke tahun.

Dalam masa yang sama, Pengurus aset kripto terbesar, Grayscale telah melancarkan panduan baru kepada para pelabur yang berminat untuk melabur dalam Ethereum (ETH). Dengan ini, pelabur boleh melihat Ether sebagai wang, jenis komoditi asas bagi rangkaian Ethereum atau sebagai aset berfaedah dalam konteks Ethereum 2.0 yang melibatkan ganjaran proof-of-work yang menjadi insentif kepada perlombongan Bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat