Ethereum Classic (ETC) Meroket Sejak Hujung Minggu. Ada Apa-Apa Ke?

264

Ethereum Classic (ETC) menunjukkan pergerakan harga yang luar biasa sejak hujung minggu dan ketika penulisan artikel, aset ini masih bullish.

Dalam tempoh 24 jam, ETC mencatatkan lonjakan harga lebih 14%, didagangkan pada $25.22 seunit dan bertahan dengan peningkatan harga lebih 18% sejak minggu lalu.

Berdasarkan pemerhatian, bermula daripada 21 Mei, ETC sudah meningkat sebanyak 30% sebelum menyentuh nilai tertinggi harian, $25.68 pagi tadi.

Apa yang berlaku?

Jika pelabur mencari spekulasi yang mendorong kepada lonjakan hard fork Ethereum ini, jawapannya tiada.

Berdasarkan laporan InvestorObserver pada Ahad, ETC memiliki bacaan sentimen yang biasa (neutral).

Tetapi pergerakan harga ETC buat masa sekarang dilihat sedikit berisiko.

Menurut penganalisis, ketika Bitcoin (BTC) tersungkur di zon harga $30,700 – $28,700 dan pasaran altcoins tidak menunjukkan sebarang pemulihan, ada potensi untuk ETC berdepan dengan pullback ke paras $22.

Bagaimanapun, ETC sudah melepas paras resistance – $24.4 ketika artikel ini ditulis. Jika benarlah akan berlaku pullback dalam masa terdekat dan koin ini menyentuh paras $21.6, tidak mustahil ETC akan bearish.

Apa-apa pun, sebelum membuat pelaburan pastikan pembaca Intraday sudah membuat kajian terlebih dahulu. Ingat, DYOR atau kelak anda sendiri terciduk kerana terbeli ketika harga tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat