Ethereum Dijangka Mengatasi Bitcoin Dari Segi Modal Pasaran Pada Tahun 2018

756

Roger Ver See merupakan seorang figure dan penganalisis yang disegani dalam dunia crypto. Beliau merupakan orang terawal yang melabur dalam matawang crypto. Beliau juga antara penyumbang dana terbesar Bitcoin Cash Venture. Berdasarkan temuduga terkini beliau, beliau berpandangan Ethereum mempunyai potensi untuk mengatasi Bitcoin.

Bagi Roger dengan peningkatan harga yang ditunjukkan Ethereum sejak akhir-akhir ini menunjukkan ia mempunyai potensi untuk melonjak naik dan mengatasi modal pasaran Bitcoin/market cap. Ditambah pula dengan pelbagai inovasi yang akan dilakukan untuk Ethereum.

Menurut Roger harga Ehtreum akan meningkat dua kali ganda, dengan terjadi hal itu, Ether dapat mengatasi Bitcoin dari sudut market cap. Tahun ini akan menjadi persaingan menarik antara Ether dan Bitcoin. Namun harus diingatkan bahawa market cap hanyalah salah satu indikator yang diberi perhatian dalam matawang crypto.

Walaubagaimanpun, Ethereum mengatasi Bitcoin dapat terjadi jika tiada apa-apa sebarang inovasi dalam bitcoin seperti Segwit dan Lightining network. Inovasi bitcoin dapat mengubah kebarangkalian Ethereum untuk mengatasi bitcoin.

Selain itu, kemajuan teknologi menyebabkan sebahagian pedagang lebih memilih untuk memegang matawang crypto lain berbanding bitcoin.

Walaubagaimanapun menurut sebahagian penganalisis, berdasarkan keadaan sekarang, ia masih sukar untuk diramal. Boleh jadi juga, harga bitcoin terus menaik dan harga Etherum juga naik. Berdasarkan trend pasaran, harga bitcoin telah menunjukkan peningkatan dan kini berada pada paras $11,332.50 manakala Ethereum masih dalam momentum sideways untuk beberapa minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat