Ethereum (ETH) Meroket Lagi! Ini Jangkaan Penganalisis Pergerakan ETH Sehingga Januari 2022

2,582

Ethereum (ETH) mencatatkan nilai tertinggi sepanjang masa (ATH) pertama buat November, didagangkan pada $4,639.47 sebentar tadi sebelum kembali ke paras $4,605.18 ketika artikel ini ditulis.

Faktor utama yang mendorong kepada pergerakan yang positif ini tidak lain tidak bukan disebabkan kemaskini Altair yang berlaku pada hujung Oktober.

Sebelum ini juga ETH berjaya tembus ATH pertama selepas Altair dengan nilai dagangan $4,405.99.

Pelabur Ethereum mungkin berminat dengan rincian arah tuju aset ini sepanjang November dan seterusnya:

  • Penganalisis Michael van de Poppe meramalkan ETH mampu menyentuh paras $6,000 hingga $6,4000 menjelang November 2021 dan Januari 2022.
  • Penganalisis dan juga pengguna Twitter yang dikenali sebagai John Wick menjangkakan breakout tidak lama lagi.
  • Penganalisis Matthew Hyland membuat perbandingan harga Ether pada 2017 dengan struktur pasaran semasa – menunjukkkan aset ini akan membuat lonjakan sehingga $14,000 dalam dua tiga bulan lagi.

Buat masa sekarang, nilai pasaran bagi keseluruhan sektor kripto telah mencecah $2.6 trilion.

Ethereum mencatatkan nilai pasaran bernilai $541.22 bilion dengan rekod dagangan dalam 24 jam meningkatkan lebih 21% kepada $21.6 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat