Altair Sudah Dilancarkan! Ini Bermakna Ethereum 2.0 Semakin Dekat

2,348

Rangkaian Ethereum mara setapak lagi sebelum beralih kepada Ethereum 2.0 melalui kemaskini Altair semalam, sekitar jam 7 malam waktu Malaysia.

Apa itu kemaskini Altair?

  • Merupakan kemaskini pertama mainnet sebelum memasuki Beacon Chain, atau dikenali sebagai blockchain Proof-of-Stake(PoS).
  • Selepas Altair, akan berlakunya integrasi Ethereum kepada Beacon Chain, bermula dengan fasa 0.
  • Beacon Chain dilancarkan pada Disember 2020.
  • Boleh dianggap sebagai ‘asas’ kepada Ethereum 2.0.
  • Dijangka Beacon Chain bersiaran sepenuhnya pada 2022.

Apa yang berlaku ketika Altair diaktifkan?

  1. Memperkenalkan sokongan kepada light client(klien ringan).
  2. Pembentukan semula insentif yang membawa kepada tiga perubahan utama.
  3. Perubahan terhadap parameter penalti yang menyebabkan kebocoran ketidakaktifan dan pengurangan denda berbanding sebelum kehadiran Altair.
  4. Peningkatan terhadap kadar pemotongan turut dilakukan, daripada satu kepada dua.
  5. Pembersihan terhadap ganjaran pengesah untuk pengurusan berpusat yang lebih mudah.

Kehadiran Altair merupakan penambahbaikan terbaru selepas hard fork London yang berlangsung pada Ogos. Melalui London, EIP-1559 diperkenalkan sebagai mekanisme harga transaksi.

Ketika artikel ini ditulis, sebanyak 653,278 ETH ($2.6 bilion) telah dibakar.

Kehadiran The Merge di hujung fasa Altair, iaitu 2022 pula akan menamatkan era Proof-of-Work, sekaligus menjadi penambahbaikan terbesar dalam sejarah Ethereum.

Ether (ETH) tidak menunjukkan reaksi yang mengujakan. Tetapi, ETH berjaya mencatatkan peningkatan ke paras $4,046 susulan pelancaran Altair selepas susut ke $3,981 pada lewat petang semalam. Namun, ketidakstabilan ETH yang kuat menyebabkan harganya kembali susut ke paras terendah harian, $3,906.

Ketika penulisan artikel ini, ETH didagangkan pada $4,017, meningkat lebih 2% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat