Bitcoin VS Ethereum: Adakah Ethereum Mampu Atasi Bitcoin? Ini Jawapan Pengasas Ethereum!

3,671

Pengasas Ethereum (ETH), Vitalik Buterin berkongsi pandangan terhadap rangkaiannya dan Bitcoin (BTC) dalam satu temubual podcast baru-baru ini.

Hal pertama menjadi kebimbangannya ialah jika orang beranggapan Ethereum hanya untuk pelabur yang kaya. Jelasnya, tanggapan ini mungkin disebabkan oleh kos transaksi yang tinggi di rangkaian itu.

Temubual tersebut menjadi lebih menarik apabila Buterin tidak teragak-agak mengiyakan potensi Ethereum untuk mengatasi Bitcoin pada masa akan datang:

“Perbezaan ketara di antara Bitcoin dan Ethereum ialah Bitcoin adalah sebuah platform yang mana nilai ekosistem hadir daripada nilai matawangnya. Tetapi di Ethereum, nilai matawangnya adalah daripada nilai ekosistemnya.”

Tidak cukup dengan itu, Ethereum menjadi lebih menarik dengan pelancaran hard fork London pada Jun sebagai usaha untuk menambahbaik sistem pembayaran transaksi: “Terutama selepas EIP-1599, berlaku pembakaran kos yang mana menjadikan ia lebih ekonomik.”

Buterin juga menekankan bahawa organisasi autonomi desentralisasi (DAO) akan tampil lebih penting selepas kewangan desentralisasi (DeFi) dan non-fungible token (NFT). Manakan tidak, DAO terkenal dengan kebolehannya untuk membuat keputusan besar dan tidak hanya berevolusi di ruang yang sama.

Boleh jadi suatu hari nanti DAO berupaya untuk beri keputusan terhadap pivot strategi atau berlaku penggabungan dua DAO: “Ianya sesuatu yang kita akan saksikan kemudian hari.”

Menyebut tentang NFT, Buterin akui ia sangat unik dari perspektif budaya kerana fenomena ini telah menarik lebih ramai menyertai Ethereum, dan mereka sama sekali memiliki permikiran yang berbeza dengan pelabur kripto biasa dan DeFi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat