Lebih 35,000 ETH Dibakar Sejak EIP-1599 Bersiaran

422

Hampir seminggu EIP-1559 bersiaran, rangkaian Ethereum (ETH) telah membakar hampir $108 juta kos asas. Ini bermakna ketika penulisan, lebih 35,000 ETH dibakar dan dilenyapkan daripada kitaran yang menyumbang kepada lonjakan harga aset ini pada minggu lepas.

Kos asas atau base fee merupakan sebuah algoritma yang menentukan harga untuk pengguna lunaskan bagi transaksi di Ethereum.

Sedia maklum, hard fork London yang bermula dengan EIP-1599 adalah salah satu usaha menyokong pertumbuhan bekalan ETH, melonjakkan harga aset tersebut sebanyak 18.7%.

EIP-1559 telah memudahkan keadaan di mana pelombong yang memproses dan mengesahkan transaksi tidak akan terlibat lagi dalam pembakaran koin. Sebaliknya, penambahbaikan ini memperkenalkan mekanisme kos asas yang ditentukan oleh wallet, tempat berlakunya transaksi sebelum kos asas akan dibakar.

Pemilik wallet kemudiannya boleh menambah tip ke dalam transaksi jika mahu transaksi mereka dimasukkan ke dalam blok yang pantas di mana akan menghasilkan tempoh pengesahan yang lebih cepat. 

Sejak pelancaran EIP-1599 pada 5 Ogos, harga Ethereum menunjukkan momentum yang mampan sehingga melepasi $3,000 dua hari yang lalu.

Pengasasnya, Vitalik Buterin juga tidak terlepas dengan keterujaan penambahbaikan kali ini, mendakwa gabungan ETH 1.0 dan ETH 2.0 yang dijadualkan pada 2022 merupakan sebuah perubahan ekosistem yang lebih baik.

Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $3,088.49, susut lebih 4% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat