Pengasas Ethereum Teruja Menantikan Gabungan ETH 2.0!

1,015

Pengasas Ethereum, Vitalik Buterin meluahkan rasa keyakinannya terhadap gabungan rangkaian kepada ETH 2.0 akan datang susulan daripada kejayaan hard fork London yang bermula dengan EIP-1599 pada malam tadi.

Dalam fasa EIP-1599, beberapa kos transaksi akan dibakar. Berdasarkan rekod semasa artikel ini ditulis, sebanyak 3,967.37 ETH telah dibakar sejak pelancaran London.

Jelas Buterin dalam temubual bersama Bloomberg News dari Singapura, kejayaan hard fork London setakat ini membuktikan ekosistem Ethereum bersedia dengan perubahan besar terutama penggabungan rantaian.

Untuk pengetahuan, mainnet Ethereum akan bergabung dengan Beacon Chain yang mana menamatkan konsensus mekanisme Proof-of-Work di rangkaian ini.

Beacon Chain merupakan teras dan berada di Fasa 0 kepada Ethereum 2.0 yang mana akan memperkenalkan protokol Proof-of Stake kepada ekosistem Ethereum.

Gabungan tersebut akan berlaku sebelum Ethereum 2.0 melancarkan shard chains ketika Fasa 1. Tiada jaminan shard chains akan dilancarkan pada tahun ini.

Sebaik sahaja berlakunya gabungan tersebut, mainnet yang baharu berupaya untuk menjalankan kontrak pintar dengan PoS menyingkirkan operasi perlombongan yang berkuasa tinggi dan mengurangkan penggunaan tenaga rangkaian sebanyak 99%.

Selain pembakaran kos, London juga mendorong kepada pelbagai saiz blok. Ini bermakna kesemua transaksi tidak akan menelan masa yang lama kerana blok boleh mengembang secara dinamik, menyesuaikan dengan jumlah transaksi akan datang.

Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $2,783, meningkat lebih 3% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat