Lagi berita baik mengenai Ethereum.
Terbaru, firma gergasi Amazon telah mengumumkan ketersediaan Ethereum di Amazon Managed Blockchain.
Pengumuman ini menandakan pengguna dibolehkan untuk menyediakan nod Ethereum dan menyambung ke mainnet blockchain sebagai tambahan kepada testnet Ropsten dan Rinkeby melalui Amazon Managed Blockchain.
Ia juga menawarkan pengaksesan selamat ke rangkaian dengan standard sumber terbuka Ethereum APIs dan sync ke blockchain Ethereum.
Firma itu juga ada menerangkan: “Amazon Managed Blockchain memantau keadaan nod, menggantikan nod yang gagal dan melakukan kemaskini perisian Ethereum secara automatik, sekaligus meningkatkan ketersediaan infrastruktur Ethereum pelanggan.”
Sebagai tambahan kepada aplikasi DeFi, produk analitikal yang dibangunkan oleh pengguna seperti alat pemantau kontrak pintar dan pengesanan penipuan juga dapat keuntungan dari perkhidmatan Ethereum yang tersedia dan berskala sepenuhnya.
Amazon Web Services buat pertama kali melancarkan Amazon Managed Blockchain pada April 2019. Pada ketika itu, pelanggan dibolehkan untuk membina rangkaian blockchain dalam organisasi mereka dan, menggunakan Ethereum dan rangka kerja sumber terbuka Hyperledger.
Perkhidmatan ini juga boleh menghilangkan keperluan penyediaan kelengkapan, pemasangan perisian dan, mencipta dan mengurus kelayakan kawalan akses, termasuk konfigurasi tetapan rangkaian.