EU Harus Bersedia Menghadapi Senario ” No Deal”! – Merkel

345

Perjanjian antara UK dan Kesatuan Eropah berkemungkinan di akan dimentarai sehingga bulan Disember iaitu lima bulan dari sekarang sebagaimana menurut kenyataan Setiausaha Alam Sekitar, Geroge Eustice.

Isu perikanan merupakan isu tumpuan dalam rundingan mengenai hubungan masa depan antara kedua-dua belah pihak masih belum mencapai kata putus. UK mengusulkan untuk menyekat kapal EU daripada menangkap ikan di perairan UK, sementara disisi EU terus menuntut perjanjian padangan yang menyeluruh.

Walaubagaimanapun, Jerman tekad mengambil inisiatif sendiri untuk memeterai perjanjian perkongsian baru dengan UK pada akhir tahun ini namun EU haruslah bersedia jika perjanjian Brexit tidak dapat dicapai sebagaimana kenyataan yang dikemukakan oleh Canselor, Angela Merkel pada hari Rabu.

Menurut Merkel, kemajuan yang ditujukkan dalam perundingan perdagangan setakat ini adalah minima. Tambah beliau, Jerman telah bersetuju dengan UK untuk mempercepatkan langkah-langkah dalam rundingan, namun dalam masa yang sama persiapan untuk berhadapan dengan senario tanpa perjanjian harus dilakukan kerana terdapat kemungkinan ia terjadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat