EU Sedia Ubah Undang-undang Demi UK?

185

Harapan pasaran kembali meningkat selepas perbincangan antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK menawarkan sedikit khabar gembira untuk menyelesaikan masalah dalam Protokol Ireland Utara.

Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Maros Sefcovic memberitahu pada hari Jumaat bahawa terdapat ‘perubahan nada’ semasa rundingan di kota London dengan Menteri Brexit UK David Frost.

Sefcovic berharap kemajuan yang serius akan berlaku pada minggu ini untuk mengelakkan kemungkin gangguan terhadap aliran perdagangan ubat-ubatan ke Ireland Utara.

Beliau berkata EU bersedia untuk mengubah undang-undangnya sendiri bagi memudahkan perkara ini, tetapi mahu penyelesaian yang dipersetujui dengan Britain.

Perjanjian Brexit telah mengekalkan Ireland Utara dalam pasaran tunggal EU, yang memerlukan barangan dagangan perlu melalui proses semakan semasa ketibaan dari UK.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, terdapat spekulasi yang meningkat bahawa UK akan mencetuskan Perkara 16 protokol Ireland Utara walaupun EU memberi amaran akan membalas dengan tindakan keras.

Bagaimanapun, sumber kerajaan mengatakan perkara tersebut tidak akan berlaku dan Perdana Menteri UK Boris Johnson tidak berniat untuk mengambil langkah tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat