Jangan Risau, UK Masih Mahu Berunding Dengan EU

195

Pelabur matawang pound boleh menarik nafas lega buat masa ini selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson dilaporkan tidak akan mencetuskan Perkara 16 dalam Protokol Ireland Utara untuk menangguhkannya.

Para menteri rundingan akan cuba meredakan ketegangan dengan Kesatuan Eropah (EU) berhubung isu Ireland Utara dan memberi jaminan kepada Brussels bahawa PM Johnson tidak mahu tidak akan ‘mengusik’ Perkara 16.

Perkara 16 adalah kod kecemasan protokol yang membolehkan kedua-dua pihak menangguhkan perjanjian tersebut jika ia menimbulkan kesan negatif atau dalam kata lain, boleh mengambil langkah perlindungan yang sesuai secara unilateral.

Menteri Brexit UK, David Frost akan memberi isyarat kepada Maros Sefcovic, ketua perunding EU bahawa kerajaan akan memperbaharui usaha untuk mendapatkan perjanjian mengenai protokol itu.

Kedua-dua pihak juga akan mengadakan perbincangan yang intensif dalam beberapa minggu akan datang.

Selain itu, Frost juga dilapor akan memberitahu Sefcovic bahawa walaupun UK mempunyai keraguan tentang tawaran suruhanjaya itu untuk mengurangkan pemeriksaan barangan yang melintasi antara Britain dan Ireland Utara, tetapi mereka boleh membentuk asas perjanjian dengan melakukan perubahan.

Walaupun berita ini dilihat sebagai perkhabaran yang baik dalam isu pasca Brexit, tetapi matawang pound kekal didagangkan rendah disebabkan dagangan dolar greenback yang kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat