EU Setuju Tangguhkan Brexit Sehingga 31 Januari!

553

Anggota Kesatuan Eropah (EU) pada hari ini telah bersetuju untuk menangguhkan Brexit selama 3 bulan. Kenyataan ini dikeluarkan kurang 90 jam sebelum UK berundur dari blok itu tanpa sebarang perjanjian kesepakatan dan dalam masa yang sama Perdana Menteri Boris Johnson mendesak untuk adakan pilihan raya.

Hanya kurang daripada 3 hari sebelum UK secara rasmi meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Oktober pada 2300 GMT namun ahli politik Britain masih belum mencapai persetujuan tentang bagaimana dan bilakah perpisahan negara itu harus berlaku.

Sebelum ini Boris Johnson telah bertekad untuk menjadikan Brexit sebagai suatu realiti pada 31 Oktober semasa beliau diangkat menjadi perdana menteri, walaubagaimanapun usul beliau dibangkang dalam parlimen.

27 negara anggota EU setuju menerima permohonan United Kingdom untuk menangguhkan Brexit sehingga 31 Januari 2020. Menurut Presiden EU, Donald Tusk dalam satu kenyataan, EU 27 telah bersetuju untuk menerima permintaan UK untuk menangguhkan Brexit sehingga 21 Januari 2020.

Menurut jurubicara perdana menteri UK, Johnson akan memberi maklumbalas terhadap tawaran yang dikemukan oleh EU selepas beliau meneliti rincian tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat