EU Sudah Mula Tawar Hati! Ini Tindakan Susulan Yang Di Ambil EU!

325

Eksekutif Kesatuan Eropah pada hari Khamis akhirnya memutuskan untuk menyusun semulan pelan kontigensi di tengah krisis Brexit yang semakin membimbangkan. Menurut pihak EU, pelan tersebut adalah sebagai persediaan jika berlaku ‘no deal’ pada akhir tahun ini bagi menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan lalu lintas di darat dan udara setelah kedua-dua belah pihak gagal memecahkan kebuntuan.

Suruhanjaya Eropah disisi lain mencadangkan agar Britain dan EU saling bertoleransi antara satu sama lain dalam menawarkan akses ke perairan perikanan mereka selama satu tahun bagi meredakan ketegangan yang semakin memuncak.

Britain menyeru EU agar segala langkah penyelesaian harus dibuat pada akhir hujung minggu ini bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini dan memberi ruang isu ini diperdebatkan di parlimen.

Perdana Menteri Boris Johnson dan Ketua Eksekutif EU, Ursula Von der Leyen dijadualkan akan terus berunding sehingga Ahad bagi memutuskan langkah seterusnya setelah gagal untuk menemui titik temu pada hari pertama perbincangan bersemuka.

Menurut Setiausaha Luar Negeri, Dominic Raab melaporkan bahawa setakat ini masih jelas adanya jurang perbezaan antara EU dan UK namun masih ada sisi pembaikan dapat dilakukan.

Kesepakatan atau tidak dengan UK tidak akan menjadi persoalan pada sidang kemuncak Majlis Eropah akhir minggu ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat