EU Tidak Puas Hati! Ancam Haramkan Eksport Vaksin Ke UK!

429

Kesatuan Eropah pada hari Rabu telah mengeluarkan kenyataan yang mengeruhkan lagi hubungan diplomatik antara EU dan UK. EU mengancam untuk melarang eksport vaksin Covid-19 ke Britain bagi melindungi dos vaksin yang terhad untuk rakyat mereka. Ini adalah sebagai bentuk persiapan menghadapi gelombang pandemik ketiga dan rancangan membuka pelancongan pada musim panas ini.

Kini EU telah mencatat jumlah kematian terkait dengan penyakit Covid-19 sebanyak 550,000.Ketua Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen mengatakan keadaan epidemiologi semakin buruk di EU.

Tambah beliau, EU kini berada pada fasa krisis terbesar pada abad ini. Terdapat jangkaan bahawa gelombang ketiga Covid-19 akan mencapai paras puncak, justeru proses mempercepatkan vaksinasi adalah keutamaan.

Leyen juga mengatakan bahawa pengedaran vaksin dari Amerika Syarikat berjalan dengan lancar walaubagaimanpun terdapat kekurangan penghantaran vaksin dari AstraZeneca dan juga dari Britain.Enam negara EU kini telah mengutarakan kekecewaan kepada UK mengenai pengurangan penghantaran vaksin sehingga ia menghalang proses vaksinasi di Blok tersebut.

Perkara ini telah mengeruhkan lagi hubungan diplomatik antara dua blok tersebut. Di tambah pula, kenyataan baru-baru ini bahawa Kesatuan Eropah (EU) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap UK ke atas langkahnya untuk mengubah syarat Protokol Ireland Utara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat