EUR/JPY Akhiri Trend Bullish Selepas Capai Paras Tertinggi 7 Minggu?

289

Trend bullish harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY telah berakhir?

EUR/JPY yang merupakan antara pair kegemaran ramai pedagang dalam pasaran telah memaparkan corak kenaikan untuk beberapa minggu sehingga mencapai paras ketinggian 130.700 pada penghujung minggu lalu.

Namun trend kenaikan harga tersebut gagal diteruskan pada awal minggu ini sebaliknya harga memaparkan pergerakan mendatar sehingga bersambung hari ini (Selasa).

Mata wang Euro bakal dipacu oleh keputusan mesyuarat bank pusat Eropah pada Khamis dengan jangkaan kadar faedah tidak berubah di samping polisi bank pusat yang kekal longgar.

Sementara, sentimen pasaran yang dinilai pulih pada awal minggu ini dilihat berjaya membendung kejatuhan lebih parah mata wang Yen sebagai mata wang safe-haven.

Selepas harga mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu pada Jumaat lalu ke paras 130.700, harga mula susut semula dan bergerak mendatar pada awal minggu ini di bawah paras halangan 130.500.

Halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY juga diuji harga untuk memberikan isyarat arah pergerakan selanjutnya buat pelabur.

Jika penurunan harga berlaku, zon harga 130.00 dilihat menjadi zon sokongan buat harga yang akan diuji sebelum pelabur mengharapkan kenaikan semula harga.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan seterusnya bakal menguji pula zon tumpuan sekitar 129.300.

Sekiranya harga berjaya menyambung semula trend kenaikan pada minggu lalu, paras ketinggian pada 130.700 akan cuba untuk diatasi harga sebelum mencatatkan paras tertinggi terbaru 8 minggu.

Paras rintangan pada ketinggian 131.00 akan menjadi sasaran harga pada kenaikan yang berjaya dikekalkan pada minggu ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat