EUR/JPY Kembali Sentuh Paras Tertinggi Pernah Dicapai Pada Januari 2018

169

“Serba tak menjadi harga dekat carta EUR/JPY ni”. Itu antara rungutan oleh para pelabur untuk pergerakan harga pada carta kegemaran ramai itu.

Mencuri tumpuan bagi pergerakan mata wang Euro, pelabur menilai perbincangan dan pandangan yang diutarakan oleh ahli-ahli bank pusat Eropah (ECB) berkenaan dasar monetari mereka.

Terdapat petunjuk untuk kenaikan kadar faedah sehingga lebih 60 mata asas oleh ECB menjelang penghujung tahun ini.

Namun begitu, Euro dilihat gagal untuk melonjakkan harga pada carta EUR/JPY lebih tinggi pada dagangan semalam.

Manakala Yen pula bakal dipengaruhi oleh perubahan sentimen pasaran setelah perkembangan rundingan damai antara Rusia dan Ukraine menghasilkan keputusan yang positif.

Namun pelabur juga memberi tumpuan terhadap tindakan Bank of Japan (BOJ) campur tangan secara terus dalam pasaran, dengan meningkatkan tawaran pembelian bon kerajaan untuk membendung kemaraan hasil bon ke paras lebih tinggi.

Carta harga EUR/JPY dilihat telah memaparkan kenaikan pada awal minggu mencapai paras ketinggian pada 137.500.

Paras tersebut adalah yang tertinggi berjaya harga capai sejak Januari 2018 yang lalu dan jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi melepasinya, harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru untuk tempoh dagangan 7 tahun!

Namun pada dagangan Selasa semalam, harga kekal berlegar di bawah zon 137.00 sebelum mula memberi isyarat perubahan trend bearish pada sesi Asia pagi ini.

Penurunan harga di sesi Asia telah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk petunjuk bagi permulaan trend bearish.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan menuju smeula zon sekitar 134.00 yang dilihat berpotensi menjadi zon untuk sokongan harga.

Penurunan lebih rendah yang kekal diteruskan seterusnya bakal menjengah semula zon sekitar 131.500.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat