EUR/USD Bakal Bergelora Menjelang Mesyuarat FOMC Minggu Ini

862

Pelabur bakal berwaspada terhadap pergerakan US dolar di awal minggu ini sementara menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis yang dijangka akan menjadi acara kemuncak pasaran.

Pelabur masih belum melihat arah yang jelas bagi penetapan polisi oleh Federal Reserve (Fed) dengan percanggahan pendapat untuk melaksanakan pengurangkan pembelian aset atau terus mengekalkan polisi yang longgar.

Pengerusi Fed, Jerome Powell sebelum ini kekal dengan pendirian untuk polisi longgar walaupun kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) catat peningkatan memberangsangkan.

Prestasi US dolar pada minggu lalu dilihat agak bercampur selepas pergerakan yang lemah dipaparkan pada penghujung minggu berbanding kelebihan di awal minggu.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga mendatar dalam zon harga sekitar 50-60 pips sepanjang minggu lalu disokong pada paras 1.17500.

Walaupun harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada Jumaat lalu untuk isyarat trend penurunan harga, namun masih belum melepasi bawah paras 1.17500.

Dagangan pada awal minggu ini menyaksikan harga masih bergerak perlahan sedikit meningkat menguji paras 1.17800.

Sekiranya harga berjaya tembus di atas paras 1.1800, jangkaan kenaikan lebih tinggi akan diteruskan untuk menuju sehingga zon rintangan pada 1.19000 sebelum ini.

Sebaliknya untuk situasi penurunan harga pula, zon support 1.17000 akan diuji semula dan pelabur ingin melihat sama ada mampukah zon tersebut menyokong kenaikan semula harga seperti dagangan pada April lalu.

Pantau juga data-data ekonomi Eropah khususnya di Jerman yang akan diterbitkan sepanjang minggu ini dan berkemungkinan akan mempengaruhi pergerakan mata wang Euro.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat