EUR/USD Bakal Teruskan Corak Penurunan Harga Jika USD Mengukuh

395

Konflik geopolitik belum berakhir. Ketegangan di antara Rusia dan Ukraine masih lagi belum reda yang dilihat kembali hangat semula pada penghujung minggu lalu.

Sentimen pasaran berisiko dijangka akan memberi kelebihan terhadap dagangan safe-haven termasuk US dolar pada minggu ini.

Namun membuka dagangan awal minggu pada sesi Asia pagi ini, US dolar menunjukkan penyusutan nilainya selepas menutup dagangan pada penghujung minggu lalu dengan pengukuhan yang dipaparkan.

Carta harga pasangan mata wang utama EUR/USD menunjukkan penurunan harga semula pada Jumaat lalu dengan pengukuhan US dolar pada sesi terakhir ekoran sentimen pasaran risk-off.

Masih lagi dilihat bergerak dalam corak penurunan harga, kenaikan yang dipamerkan pada minggu lalu gagal melepasi paras 1.14000 pada zon SBR (support become resistance).

Selepas menutup dagangan minggu lalu di sekitar paras 1.13500, harga pamerkan peningkatan semula harga pada pembukaan sesi Asia pagi ini menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Penganalisis masih menjangkakan penurunan harga akan bersambung lagi pada minggu ini untuk menuju zon tumpuan sekitar 1.12700-1.12500.

Melepasi zon tersebut akan mendorong harga menguji pula paras sekitar 1.12000 sekiranya US dolar kekal mendominasi dalam pasaran.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan dan menembusi zon SBR 1.14000, pelabur mungkin perlu bersedia untuk kenaikan lebih tinggi.

Memberi isyarat untuk perubahan trend bullish semula, harga bakal mensasarkan kenaikan ke zon ketinggian 1.14800 yang dicapai pada dagangan awal Februari.

Kenaikan lebih tinggi bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 bulan dengan sasaran adalah pada sekitar 1.15300.

Lihat gambar carta harga EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat