US dolar terus pamerkan penyusutan menuju penghujung minggu ini ke paras terendah 2 setengah tahun berbanding mata wang utama yang lain susulan sentimen risk-on pasaran yang memberi keyakinan terhadap para pelabur.
Walaupun parti Republik dan Demokrat di Kongres Amerika Syarikat (AS) masih gagal mencapai persetujuan dalam pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi sebelum ini, terdapat tanda-tanda awal untuk pakej bernilai $908 bilion cadangan oleh kedua-dua pihak tersebut yang menarik perhatian pasaran.
Pelabur optimis pakej rangsangan akan mencapai persetujuan sebelum tarikh akhir 11 Disember ini atau sebaliknya bakal berdepan risiko penutupan kerajaan.
Faktor-faktor positif tersebut telah berjaya melonjakkan dagangan Euro berbanding US dolar walaupun bank pusat Eropah (ECB) bakal meningkatkan pelonggaran kuantitatif pada minggu hadapan.
Pada carta harga pasangan EUR/USD, dapat dilihat kenaikan harga yang dipamerkan belum lagi berakhir untuk terus mencatatkan paras tertinggi 2 tahun.
Setelah kenaikan sebelum ini mencapai paras ketinggian 1.20900, dagangan semalam melihatkan harga yang menguji paras resistance tersebut telah berjaya menembusinya pada sesi New York untuk menutup dagangan di paras ketinggian baru sekitar 1.21250.
Momentum yang dikekalkan akan melihatkan harga menuju ke paras 1.21500 untuk terus merekodkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018.
Namun, pelabur perlu berwaspada jika berlaku perubahan sentimen dalam pasaran yang akan kembali menekan harga lebih rendah semula berkemungkinan dengan pengukuhan semula US dolar.
Penurunan harga dilihat akan kembali semula menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.20000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.