US dolar tidak menunjukkan arah pergerakan yang jelas pada Khamis semalam, namun dilihat tidak menyambung pemulihan yang cuba dipaparkan pada Rabu lalu.
Ini berikutan penganalisis masih menjangkakan raja mata wang itu masih berisiko untuk melemah lebih parah selepas penyusutan ketara berlaku ketika data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Selasa lalu.
Dengan data-data tambahan termasuk tuntutan faedah pengangguran AS semalam, jangkaan semakin kuat untuk Federal Reserve (Fed) bakal menuju ke arah langkah memperlahankan dasar monetari mereka.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, pergerakan harga berlegar dalam zon mendatar antara julat 1.08900 dan 1.08300.
Peningkatan harga ke paras 1.08900 dilihat gagal diteruskan lebih tinggi untuk tembusi paras 1.09000, sebaliknya berundur turun semula sebelum mendatar hingga penghujung sesi New York sekitar 1.08500.
Harga dilihat berlegar di garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang diperhatikan pelabur dan boleh menjadi penunjukkan arah pergerakan selanjutnya harga.
Sekiranya harga melonjak naik di sesi-sesi akhir ini, harga akan cuba untuk keluar dari zon mendatar semalam sebelum menyambung trend bullish.
Kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan ke paras tumpuan pada 1.10000 untuk terus mencatatkan ketinggian terbaru.
Namun jika harga ditekan jatuh ke bawah, reaksi harga pada zon 1.08000 akan diperhatikan untuk petunjuk seterusnya.
Jika tembus lebih rendah, harga boleh susut mencecah pula ke sekitar 1.07000 yang turut menjadi zon tumpuan harga sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG