EUR/USD Beri Isyarat Awal Perubahan Trend Bullish

735

Pengukuhan US dolar sejak awal minggu dibantutkan oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam dengan bacaan yang lemah.

Menepati ramalan pasaran, data indeks harga pengguna AS untuk bulan Julai mencatatkan angka bacaan 0.5% seperti yang dijangkakan, menurun berbanding bacaan 0.9% sebelumnya. Bacaan inflasi teras pula susut lebih rendah kepada 0.3% berbanding jangkaan penurunan 0.4%.

Sementara perkembangan perbincangan di antara ahli Federal Reserve (Fed) dilihat sedikit meredakan jangkaan untuk melaksanakan pengurangan pembelian bon (tapering).

Isyarat-isyarat terbaru yang telah mengurangkan keyakinan pelabur terhadap US dolar ini mula mendorong penyusutan semula US dolar pada sesi New York semalam selepas prestasi baik pada sesi-sesi sebelumnya.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang telah membuat penurunan dari awal minggu sehingga ke zon support 1.17000 sebelum kenaikan harga dipamerkan semula.

Pelabur waspada melihat isyarat awal perubahan trend bullish setelah lonjakan harga melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Jika US dolar terus mengalami susut nilai sehingga ke penghujung dagangan minggu ini, harga berkemungkinan berpotensi untuk mencapai semula kenaikan ke paras 1.18000.

Kenaikan lebih tinggi melepasi paras 1.18000 seterusnya akan menuju semula ke zon rintangan tumpuan sebelum ini pada 1.19000.

Namun jika kenaikan harga semalam sekadar pembetulan harga dan penurunan awal harga akan menguji sekali lagi zon support 1.17000.

Penurunan menembusi zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru harga untuk tahun ini dengan jangkaan awal menuju ke paras sekitar 1.16000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat