EUR/USD Berlegar Sekitar $1.0700 Nantikan Petunjuk KDNK AS

111

Prestasi mata wang US dolar pada dagangan Rabu semalam lebih positif berbanding kemerosotan nilai yang tercetus pada hari sebelumnya.

Pelabur kini menantikan petunjuk terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang seterusnya menerusi laporan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku pertama di sesi New York malam nanti.

Bakal menyusul pada esok hari (Jumaat), petunjuk seterusnya adalah pada data indeks harga PCE yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna AS yang merupakan komponen inflasi dinilai oleh Fed.

Sementara menunggu data diterbitkan, pasaran menyaksikan pergerakan harga yang agak mendatar sejak semalam.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang membuat kenaikan pada Selasa lalu dilihat sedikit melepasi paras rintangan 1.07000.

Namun, harga kembali turun semula semalam di bawah paras tersebut untuk berlegar di zon mendatar sebelum ini.

Walau bagaimanapun, harga masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Pergerakan harga dijangka akan masih meneruskan trend bullish dengan kenaikan harga di sesi Asia dilihat perlahan melepasi paras 1.07000 semula.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan menuju sasaran berikutnya di paras 1.08000.

Jika harga berundur turun semula, berkemungkinan petunjuk bearish akan dipaparkan dengan harga bergerak di bawah garisan MA50 semula.

Harga bakal melanjutkan penurunan untuk kembali mencecah zon support 1.06000 seperti dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat