US dolar agak ‘lemau’ memulakan dagangan pada pembukaan awal minggu ini semalam apabila alami sedikit penyusutan berbanding jangkaan untuk menyambung pengukuhan pada penghujung minggu lalu.
Setelah ketiadaan data ekonomi penting pada Isnin semalam, hari ini (Selasa) pasaran akan memberi tumpuan di sesi New York pada data keyakinan pengguna serta data JOLTS yang mengukur jumlah tawaran pekerjaan baru di Amerika Syarikat (AS).
Tumpuan pada minggu ini lebih terarah kepada laporan data pekerjaan NFP AS serta pertumbuhan ekonomi (GDP) untuk menilai sama ada bacaan data seiring dengan petunjuk daripada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di simposium Jackson Hole minggu lalu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-lemah-di-awal
Dapat diperhati pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, jangkaan meleset apabila penurunan harga tidak berlaku menunjukkan US dolar gagal menyambung pengukuhannya.
Harga sebaliknya dilihat mendatar di atas zon 1.08000 setelah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di sesi New York semalam.
Kenaikan harga dipaparkan walaupun pada tempo perlahan menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini setelah isyarat awal untuk perubahan trend bullish itu.
Kenaikan harga jika diteruskan hingga ke sesi-sesi berikutnya, akan menjangkakan kenaikan untuk menuju zon rintangan pada 1.09000 yang turut diuji minggu lalu.
Jika berjaya lepasinya, kenaikan lebih tinggi bakal mencapai semula paras tumpuan pada 1.10000.
Namun jika US dolar kembali kukuh dan menjunam harga jatuh, susut di bawah zon 1.08000 akan memberi amaran awal kepada pelabur.
Harga bakal meneruskan penurunan dan berkemungkinan besar melepasi 1.07700 iaitu paras sokongan harga dicecah minggu lalu.
Penurunan harga boleh mencecah hingga ke paras sasaran berikutnya yang yang berada pada zon 1.07000 untuk catatkan paras terendah terbaru.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG