EUR/USD Buat Terjunan Selepas Hari Ke-4 Gagal Tembus $1.1900

354

Semakin menghampiri acara tumpuan di penghujung minggu iaitu terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang dinanti-nantikan pelabur, US dolar terus memberi kejutan apabila kembali pamerkan pengukuhan dalam pasaran semalam.

Menyokong pengukuhan US dolar di sesi New York semalam, data PMI perkhidmatan AS tinjauan ISM mencatatkan bacaan yang meningkat, berbeza berbanding data pembuatan yang diterbitkan di awal minggu.

Pada awalnya, US dolar dilihat susut selepas laporan data pekerjaan ADP AS bagi sektor swasta mencatatkan bacaan yang suram dan boleh menjadi isyarat kurang baik untuk laporan pekerjaan NFP.

Namun, terdapat faktor tambahan yang dilihat mempengaruhi pengukuhan US dolar kemudiannya iaitu komen bernada hawkish oleh ahli Federal Reserve (Fed) berkenaan langkah pengetatan polisi.

Timbalan Pengerusi Fed, Richard Clarida menyatakan kadar faedah boleh dinaikkan pada tahun 2022 dan turut memberi isyarat langkah pengurangan pembelian bon (tapering) akan dilaksanakan pada tahun ini atau awal tahun hadapan bergantung sentimen pasaran buruh untuk beberapa bulan mendatang.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah dilihat sekali lagi menguji zon rintangan 1.19000 sebelum menjunam hampir 70 pips bagi penurunan terbesar minggu ini susulan pengukuhan semula oleh US dolar.

Mata wang Euro juga terkesan oleh data perkhidmatan zon Eropah yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam dengan bacaan kurang memberangsangkan, menyukarkan lagi kenaikan harga.

Dengan pengukuhan yang dijangkakan oleh US dolar menjelang laporan NFP, harga bakal menguji semula paras tumpuan 1.18000 sebelum penurunan harga yang diteruskan akan kembali ke zon sokongan minggu-minggu sebelum ini sekitar 1.17700-1.17500.

Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut dilihat akan menuju ke zon support utama pada 1.17000 setelah zon tersebut berjaya menyokong lonjakan semula harga pada dagangan April yang lalu.

Namun, jika harga berjaya melonjak semula, sekali lagi zon rintangan 1.19000 akan terus diuji selepas 4 hari berturut-turut zon itu kekal kebal untuk ditembusi.

Menembusi zon rintangan itu akan menjangkakan kenaikan lebih tinggi harga untuk pergerakan trend bullish menuju sehingga ke paras ketinggian pada 1.2000 semula.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat