Keputusan mesyuarat FOMC telah pun diketahui awal pagi ini yang menjadi acara tumpuan utama pada dagangan minggu ini.
Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.25% seperti yang dijangkakan selepas data-data ekonomi yang diterbitkan sebelum ini yang mendorong tindakan tersebut diambil bank pusat.
Namun, US dolar yang sepatutnya melemah sebaliknya telah memaparkan pengukuhan nilainya sehingga ke penghujung sesi New York.
Ini disebabkan Fed memberi isyarat untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas lagi sehingga penghujung 2023.
Walaupun mengekalkan kadar, tetapi isyarat hawkish itu menunjukkan Fed masih belum lagi ingin menamatkan pengetatan dasarnya dan tumpukan untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran.
Seterusnya, mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah (ECB) pula akan diperhatikan hari ini dengan jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas akan dilaksanakan.
Mata wang Euro berkemungkinan miliki kelebihan pada dagangan di sesi Eropah dan New York sebentar lagi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/miss-kripto-menanti-fomc-btc-naik-atau-turun-146#t=0:00
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya dilihat memaparkan lonjakan ke paras ketinggian terbaru 4 minggu mencapai 1.08600.
Kenaikan di awal sesi New York itu didorong oleh penyusutan US dolar selepas data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) catat bacaan yang lemah.
Namun situasi bertukar apabila keputusan mesyuarat FOMC mengukuhkkan kembali US dolar.
Harga kembali terjun semula ke paras tumpuan 1.08000 sebelum melantun dan menutup dagangan sesi New York sekitar 1.08250.
Pergerakan harga perlahan di awal sesi Asia pagi ini (Khamis), namun harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.
Masih belum menunjukkan isyarat untuk perubahan trend, namun pelabur waspada setelah menjangkakan US dolar akan mula mengukuh semula selepas ini.
Jika kenaikan harga masih diteruskan disokong oleh keputusan mesyuarat ECB, melepasi ketinggian semalam akan mendorong kenaikan menuju sasaran seterusnya pada zon 1.09000.
Harga juga akan terus catatkan paras tertinggi terbaru 5 minggu jika berjaya mengekalkan corak bullish tersebut sehingga ke penghujung minggu ini.
Namun risiko dengan jangkaan pengukuhan US dolar bakal bermula boleh membuatkan corak harga berubah melawan arah.
Pelabur perlu bersedia sekiranya harga mula membuat penurunan di bawah paras sokongan MA50 melepasi 1.08000.
Penurunan harga bakal diteruskan menuju ke sekitar 1.07000 untuk menguji seketika paras tersebut dan seterusnya melanjutkan penurunan ke zon 1.06000.
Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG